THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, May 11, 2009

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu
pada tahun 2009 ini nbl telah mengubah nama pertubuhannye daripada nbl ent kepada nbl islamic,oleh itu logo pertubuhan ini pun diubah kepada logo yang lebih bercirikan dengan ciri-ciri islam.

cerita baba minggu ini


assalamualaikum!!!
Pada minggu ini nbl islamic ingin mengta'arufkan seorang baba daripada kelantan,yang kini belajar di Al-Azhar university Damietta of egypt.baba ini bernama Muhammad kamil hilmi bin Ismail dia digelar baba mee dhumyat jika di kampungnya dia dipanggil baba mie,dia berasal daripada Kubang Kerian Kota bharu,Kelantan.
Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah kebangsaan Kubang kerian 2,kemudian beliau menyambung pengajian di peringkat menengah di Maahad Ar-Rahmah kenali.Selepas beliau menamatkan pengajian di sekolah Al-rahmah kenali beliau menyambung lagi pengajian ke peringkat tinggi di universiti AL-azhar mesir,dan beliau memilih bidang yang agak susah iaitu pengajian islam dan bahasa arab jabatan usuluddin di universiti Al-azhar cawangan dumyat.
sebelum ke mesir beliau memantapkan lagi diri beliau dalam bidang pengajian islam di Pondok pasir tumbuh iaitu pondok yang dimiliki olek tuan guru tok ayoh sin.
Beliau merupakan anak yang ke7 daripada 7 adik-beradik dan beliau merupakan anak bongsu yang mempunyai ciri-ciri yang menonjol untuk mewarisi bakat yang dimiliki oleh bapa beliau iaitu baba ail.beliau dilahirkan pada 11/1/1987,iaitu pada keheningan pagi hari isnin,yang begitu bermakna bagi beliau,dan sekarang beliau masih belum mempunyai sesiapa di dalam hati beliau(pasangan hidup).
Semasa berada di sekolah dahulu beliau merupakan seorang pelajar yang aktif dalam bidang korikulum dan ko-kurikulum,beliau pernah mendapat johan dalam pertandingan hafazan Al-quran pada tahun 1996,dan naib johan pada tahun 1999.beliau juga merupakan seorang pelajar cemerlang di sekolah beliau,pada tahun 2006 beliau mendapat anugerah pelajar paling cemerlang bagi peperiksaan STAM 2006,dan pada penghujun keriernye di sekolah itu,pada tahun 2007 beliau mendapat johan dalam syarahan bahasa arab di peringkat sekolah dan naib johan di peringkat negeri kelantan.
Beliau merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam bidang usulluddin.dan sekarang beliau sedang menuntut di Al-AZhar university of egypt dan beliau juga menjadi salah seorang tenaga pengajar bagi kelas tawaqquf fiddin dan kelas totarial bagi pelajar-pelajar usuluddin tahun 1(adik baru).
setakat inilah dahulu cerita baba bagi minggu ini>ma'asalamah wa ilaliqa'

NBL islamic mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada baba mee kerana sudi meluangkan masa untuk ditemuramah walaupun sibuk untuk menghadapi peperiksaan pada minggu hadapan.
oleh itu wahai seluruh muslim mari kita pakat-pakat berdoa bagi semua pelajar islam di seluruh dunia agar mereka semua berjaya di dunia hingga ke akhirat.